17 Nov 2012

Kunming, China

Assalam :))
Korang.Hari ni Hanis dalam mood rindu dekat parents Hanis owh.Seyesly.Taktau la kenapa.So rasa macam nak update post pasal parents Hanis.Tapi Hanis nak jugak story pasal tempat tinggal parents Hanis tue.Tempat tue interesting la jugak.Nama tempat tue Kunming. Located at Yunnan Province. Kiranya Kunming tue ibu negeri Yunnan laa. Ibu Hanis baru ja dapat transfer pergi sana. Pergi dalam bulan 6. 

Ibu & Ayah :))

First time sampai tue macam excited tau.Sebab dekat sana ada 4 musim.And musim panas dia paling panas dalam 23 degree celsius. Kunming nie kira macam ulu cikit la kalau nak dibandingkan dengan tempat laen dekat China. Korg pon mesti tak penah dengar kan Kunming nie. Hanis pon baru dengar. Tapi bandar dia. Lagi besar daripada KL okayy. Hanis sampai2 macam jakun jugak laa :D Rumah yang parents Hanis dapat memang strategik la. Sebab memang betul2 dalam town Kunming. Dekat dengan pasaraya. And paling penting dekat dengan masjid and komuniti Islam dekat citu. So, senang la kalau nak beli ayam or daging. Kedai makan Muslim pon banyak sekitar situ. Hanis dengan Ayah memang tak masalah la kalau nak makan. Sebab sedap kot masakan Muslim diorg :)) Ibu ja masalah cikit. Hehee. Tapi sekarang Ibu dah boleyh adapt dengan cara masakan diorg. Fav dish Hanis dekat sana "Gamba" (tak sure ejaannya) Daging lembu yang digoreng. Seyes sedap :)) And Hanis paling suka kalau dapat makan dekat Dubai Club. Dubai Club nie exclusive cikit. Dishes dia pon banyak pilihan. Memang best la :))

Nie la Dubai Club

Daging Gamba

Actually banyak lagi restoran Muslim yang best dekat Kunming tue. Tapi Hanis sempat snap gambar dekat Dubai Club ja. Owhh guyz. Kalau makan dekat restoran dekat Kunming memang takkan ada sudu. Semuanya pakai chopstick ja. Hanis mula2 kekok owhh. Dah lama2 akhirnya dapat jugak makan guna chopstick dengan baek :D Bukan senang okayy.Haha.Enough bab makan. Sebab kalau story bab makan memang panjang. Hanis nie kaki makan jugak. Itu yang semua bedal. Ehh, yang bestnya. Hanis tak suka sayur tau. Tapi sayur dekat sini Hanis boleyh makan. Sebab sayur dia tak pahit pon. Sedap sangat. Dia rasa macam manis2. Batang sayur hijau tue pon tak pahit tau.

Dekat Yunnan nie banyak tempat cantik2 tau. Tapi nak pegi tue yang payah. Sebab jarak dia semua jauh2 walaupon dalam 1 negeri. Kunming nie paling famous sebab tempat maen golf. Hanis tak sure la tahap best golf club dekat Kunming tue. Tapi orang Malaysia yang datang sini semata-mata nak maen golf ja. Mostly orang berada la kan. Kalau nak shopping Hanis suggest korg datang sini la. Sebab barang2 dekat sini quite expensive kalau nak bandingkan dengan dekat Guangzhou dengan Macau. Tapi kalau penggemar keindahan alam memang Kunming best la. Sebab ada banyak scenery yang lawa. Antara tempatnya korg boleyh pegi Red Land dan Stone Forest. Gambar parents Hanis tue time dekat Red Land. Seksa cikit la nak pegi citu. Perjalanan almost 6 jam pergi saja. Sampai atas tak ada apa pon actually. Totally untuk sapa2 yang suka amek gambar. Memang berbaloi la scenery dia :))

Red Land

Ayah & etnik dekat Yunnan

Stone Forest

Stone Forest nie besar sangat. Penat owh jalan. Tapi memang cantik la. From my 1st visit Stone Forest nie terbentuk daripada pelanggaran plat bumi suatu masa dulu. So terbentuk la pelbagai bentuk batu hasil daripada pelanggaran plat bumi nie. Ada yang macam bentuk burung, gajah dan manusia. Kalau fikir logik pon manusia tak mampu kot buat gitu. Memang semula jadi. Dekat sini jugak Hanis dapat peluang rasa macam2 jenis teh. Banyak betul teh diorg. And tips diorg sihat adalah semua teh diorg tak letak gula. Dan Hanis pon baru tahu yang ada teh yang dipetik dari pokok teh yang tinggi. Kan kat Malaysia pokok teh kecik ja. Kat sana ada pokok teh yang besar. Kena guna tangga kalau nak petik daun teh dia. 

So fellas. Hanis rasa sampai sini dulu kot. Ada banyak lagi nak story sebetulnya. Tapi takpa. Later Hanis update lagi pasal Kunming nieh. Sebab kalau nak story semua malam nieh memang post kali nie akan panjang berjela la kann.Haha :D Wassalam. 
 



No comments:

Post a Comment